Israel dan senjata nuklear

Israel dipercayai mempunyai senjata nuklear, dan terdapat kemungkinan Israel mempunyai program senjata kimia dan biologi. Israel mematuhi Protokol Geneva pada 20 Februari, 1969.

Telah menjadi polisi negara Israel untuk tidak mengesahkan atau menafikan samaada ia mempunyai keupayaan nuklear ataupun tidak, walaupun perkara itu telah menjadi satu perkara yang diakui oleh pihak musuh dan rakan bahawa Israel merupakan negara dengan keupayaan nuklear selama beberapa dekad. Polisi yang diumumkannya adalah “Israel tidak akan menjadi negara pertama memperkenalkan senjata nuklear di Timur Tengah,” tetapi kelengkapan sebenar dan polisi penggunaannya adalah rahsia. Dalam lapuran Pentagon Januari 2000, Perkembangan: Ancaman dan Tindak balas ( Proliferation: Threat and Responses ), ia tidak memasukkan negara Israel dalam penilaian Timur Tengah, tetapi dalam senarai kajian U.S. Strategic Air Command 1991, Israel, India, dan Pakistan telah disenaraikan sebagai negara senjata nuklear sah ada - “de facto” . Anggaran simpanan nuklear Israel antara 75–200 senjata, merangkumi bomb, kepala peledak peluru berpandu, dan kemungkinannya senjata bukan strategik (taktikal). Anggaran terbaru pula meletakkan antara 300 - 500 simpanan nuklear.

Kesemua analisa mengenai keupayaan Israel dilakukan secara mengkaji bukti-bukti tidak langsung disebabkan ketiadaan pengesahan oleh pihak Israel. Bukti langsung yang ada hanyalah yang diberikan oleh pakar sains nuklear Israel, Vannunu.


Developed by StudentB